Nahnu Traders Hub

hit counters

Keep in touch (019-9887224) http://www.wasap.my/60199887224/

Social Media team kami: https://mtrading-nahnufx.com/home/

Live bersama kami: https://mtrading-nahnufx.com/live-trade-di-nahnutradershub-office/

Untuk Info segera dan keutamaan kami, Update maklumat tuan puan: https://mtrading-nahnufx.com/update-maklumat-dan-join-team-nahnu/

———————————————————————-

Pejabat atau Hub ini akan menjadi tempat dimana kita gathering para trader dan bakal trader2 baru. Yang dekat dan yang jauh dialu alukan. Yang tidak pernah kenal, selamat datang dan berkenalan. Kita asaskan kita berkumpul atas dasar nama Trader, tidak kisah apa jua broker. Disini semuanya percuma. Jangan pernah tanya tentang bayaran atau kos 🙂 . Segala kos kehadiran atau pembelajaran telah pun ditanggung dan ditaja oleh saya Nahnu dan MTrading sebagai partner kolaborasi

Waktu Operasi: Setiap hari Jam 3PM sehingga 12 malam. Memandangkan waktu yg lebih sesuai kpd semua yang bekerja dan juga waktu sesuai untuk Active trade pada sebelah malam masa US open

Objektif pejabat

  1. Menjadi tempat ilmu, sumber pembelajaran. cara trading yang betul. bukan tempat untuk perjudian, bukan utk skim cepat kaya atau apa sahaja yang negatif
  2. Membetulkan salah faham masyarakat tentang FX trading yang dirosakkan oleh sesetengah individu dalam kontaks perkataan spt untung juta2, video/photo berdiri atas Lamboghini, naik pesawat peribadi dan seangkatan dengan nya
  3. Menyalurkan info dan ilmu bagaimana scammer melakukan aktiviti penipuan atas nama forex supaya kita tidak terjebak dan boleh menasihati orang lain.
  4. Mengenali broker2 atau agent2 yang jahat dalam urusan menyokong broker yang scam atau organisasi scam atau individu scam

Partnership dan Kolaborasi bersama Aff partner dan Trainer

Saya juga mengalu alukan Aff partner dan Trainer2/ cekgu2 fx untuk berkolaborasi bersama. asalkan ada win-win situation itu sudah cukup bagus. Di pihak saya, saya mengizinkan penggunaan kelas dan instrument yang ada untuk kemudahan pihak tuan puan berkarya.

Alamat PEJABAT: Lot PT 1553, Tingkat satu, Jalan KK 6/1 Kenali, Bandar Baru Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu. KELANTAN

MAP: https://maps.app.goo.gl/iku2q57U43vh2YVVA

(hubungi whatsapp kami http://www.wasap.my/60199887224/ , http://www.wasap.my/60194905315/ )

  • Sebelah Econ Save kubang kerian, corner lot, sebelah Avon, berhadapan pagar sekolah

Nahnu Traders Hub Official Team

  1. IB & LD Nahnu
  2. S.IB/LD: Saihan (Kota Bharu/ Kelantan), https://www.tiktok.com/@fxgoldmalaysia
  3. S.IB/LD: Shaiful (Kota Bharu/ Kelantan) , https://www.tiktok.com/@fxgoldmalaysia

Support Team

  1. Pakar analisis ABe Yi (Kota Bharu/ Kelantan), Live host, Trainer Supporter https://www.tiktok.com/@suprifx (01125711061)

2. SaniFX (Lokasi PENANG-island), https://www.tiktok.com/@sanifx (010-2920828).

TnC di Pejabat

  1. Menjaga nama baik “NahnuTradersHub”. Pejabat ini imiliki sepenuhnya oleh Nahnu 100% dan dimajukan bersama dengan official team. serta ada support fund dari MTrading secara bulanan. Dengan itu, saya bertanggungjawab memakmurkan dan mengiklankan nama MTrading serta membawa client bersama MTrading, tanpa paksaan. Sentiasa atas win-win.
  2. Official team disini tidak dibenarkan pengambilan deposit atas tujuan manage fund account trading planggan. Tetapi atas nasihat dan keputusan bersama, kita boleh memberi nasihat untuk join forexcopy selamat kepada beberapa trader yang menunjukkan prestasi trading yang bagus. Kerana kita sedia maklum, ada pelanggan hanya berminat untuk tujuan tersebut kerana limit masa untuk melakukan trading sendiri
  3. Tidak menyalahgunakan fasiliti pejabat untuk kepentingan peribadi. Contoh tempat melepak tanpa tujuan, tempat santai ahli keluarga
  4. Menghormati keharmonian didalam pejabat. Kurangkan buat masalah, lebihkan mutu dan kualiti perkara positif dan baik
  5. Selain perkara diatas yang belum tertulis adalah bertanyakan NahnuTeam dan dapatkan kepastian terlebih dahulu.
  6. ### Orang yang baik dan berkualiti adalah orang yang bijak berfikir dan bijak sebelum membuat sesuatu keputusan###

Mengenai saya/ About me-NahnuFX

2004 Graduated USM-Bachelor Mechanical Eng

2004-2009- Bekerja sebagai Engineer/ Sr Engineer dalam 2-3 MNC

2009-2010: Further study MSc

2010: Graduated MSc OSHA under UUM_NIOSH

2010-2012: Multiple part time job. Mengajar USM (part time), mengajar OUM, involve sebagai partner dan trainier dalam industry FOREX

In between 2011-2012: Buat PhD dalam bidang Environment-Water cleaning. Tetapi sayangnya tidak dapat dihabiskan kerana tidak dapat memberikan komitment sepenuhnya kerana jarak saya di Kelantan dan USM penang serta kesibukan jadual kerja

2012: saya stop PhD dan mula fokus sepenuhnya dalam industry trading termasuk FOREX, BSKL dan juga NYSE

2012-2022: Active sebagai partner dan LD untuk InstaForex. Saya menguruskan cawangan IsntaForex Penang dengan beberapa support staff untuk memberikan servis kepada client yang di Penang terutamanya

2023-kini: masih lagi memberikan servis LD/ IB untuk InstaForex. Cuma tidak lagi bonding atau terikat kepada mereka sahaja memandangkan saya tidak lagi mengendali Ofis InstaForex Penang seperti sebelumnya

2024- dan seterusnya: saya mula berkolaborasi bersama MTrading dan menguruskan ofis cawangan di Kelantan atas nama Nahnu Traders Hub. Kita disini akan memberikan support dan training kepada orang baru yang ingin mengenali lebih lanjut dalam dunia trading. Asasnya trading sebagai kerjaya trader. Tidak kisah anda trade forex, saham atau sebagainya. Ilmunya tentang trading tetap juga sama.

Note: sekiranya cekgu2 atau trainer2 atau group atau perseorangan trader otai ingin mengenakan bayaran diatas tunjuk ajar atau latihan, tempatnya bukan disini. Bukan tidak boleh mengenakan bayaran, cuma apa guarantee atau jaminan tuan puan untuk memastikan pembayaran tersebut setimpal dengan hasil yang bakal diperolehi oleh pembayar. saya tidak mahu terlibat sekiranya dianggap penipuan atau scam atas faktor duit yang dilakukan oleh tuan puan.

———————————————————————–

Untuk Client InstaForex dan urusan dengan saya di https://instaforex-nahnufx.org seperti biasa. Tiada Panic. Tiada apa yang berubah. saya masih IB dan LD di InstaForex. Saya hanya menambah MTrading sebagai broker pilihan yang baru……Dan kini saya juga beroperasi dengan pejabat baru di Kota Bharu yang saya trade mark kan sebagai (Nahnu Traders Hub).

Disclaimer: FOREX adalah online trading yang berisiko dan anda memahami sepenuhnya potensi untung dan rugi. Saya tidak bertanggung jawab diatas kerugian anda. Saya berkawan dengan semua trader, tetapi saya tidak terlibat, tidak akan terlibat dan tidak menggalakkan anda menceburi mana mana skim pelaburan kecuali anda memahami risiko2 yang bakal dihadapi. Urusan saya hanya menjual dan membeli USD sahaja. Forex juga tidak didaftarkan secara sah dimalaysia, ianya adalah bersifat individu.